Monday, April 13, 2020

Fitnah Viral Semasa Covid 19

FITNAH KETIKA COVID19?





     Seluruh dunia berada dalam situasi membimbangkan akibat berlakunya penularan wabak covid 19 yang boleh mengancam nyawa. Namum segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menuralkan isu yang tidak sepatutnya kepada masyarkat. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya kekecohan dalam kalangan masyarakat.

     Antara fitnah tersebut ialah kononnya kakitangan syarikat POS Malaysia dijangkiti COVID-19 dan menyebarkannya melalui surat atau bungkusan yang dihantar kepada pelanggan. Dakwaan itu disebarkan menerusi satu rakaman audio yang di media sosial. Pos Malaysia menerusi status dimuat naik di Facebook rasminya menjelaskan tuduhan terbabit adalah fitnah dan berniat jahat. Ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnah pihak POS Malaysia dengan menyatakan COVID19 tersebar daripada mereka. Fitnah ini terjadi dek kerana rakaman audio di media sosial dan kononnya dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Christopher Lee.





     Selain itu, fitnah terhadap pusat tahfiz yang menyebarkan Covid-19. Penyebaran berita ini adalah kerana satu status tular di Facebook mendakwa semua pelajar di pusat tahfiz itu dijangkiti wabak berkenaan. Sumber dalaman tahfiz yang enggan dikenali berkata, status yang dimuat naik itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk khususnya di kawasan setempat. Namun, apabila mereka membuat saringan pemeriksaan terhadap semua pelajar dan guru yang didapati negatif daripada wabak itu. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan tahfiz tersebut menyatakan 
agar status tersebut segera di padam agar isu tidak mendatangkan masalah di kemudian hari lagi.

  




     Akhir sekali, terdapat juga fitnah yang menyatakn covid 19 ini terdapat dalam Al-Quran. Hal ini adalah tidak benar sama sekali. Penafsiran ayat al-Quran yang dikatakan mempunyai maksud berkaitan Corona adalah satu kesilapan yang nyata. Mereka menyatakan bahawa bilangan kes di Malaysia yang telah mencapai 3333 adalah satu petunjuk bahawa Allah pernah menyebutkan tentang perkara ini di dalam al-Quran. Mereka mendakwa bahawa dalam ayat ke 33 dari Surah al-Ahzab (surah ke 33). Ayat ini secara literalnya tiada kaitan dengan virus mahupun corona. Ia adalah proses pendidikan yang ditujukan kepada para isteri Nabi supaya kekal dirumah bagi menjauhi fitnah mereka yang memusuhi Islam.


     Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menunjukkan rasa tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin dengan cara menghentikan segala pos-pos berbaur fitnah di media sosial mengenai wabak covid19 ini. Kita seharusnya bersama-sama memberi sokongan terhadap pihak kerajaan untuk menangani wabak ini dan saling membantu antara satu sama lain.


2 comments:

Fitnah Viral Semasa Covid 19

FITNAH KETIKA COVID19?      Seluruh dunia berada dalam situasi membimbangkan akibat berlakunya penularan wabak covid 19 yang ...